…:::akulah MUJAHID itu:::…



Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! YaAllah, terima kasih
kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernahKau berikan
kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat padatarbiyyah
berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlaludusta dan
menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan akudari murka-Mu. Ya
Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglahberikanku kekuatan,
aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cubameninggalkan jalan
tarbiyyah dan da’wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali akupernah tertipu dek
nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagaiseorang mujahid
laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Mujahid itu!
-Inspirasi daripada Tautan Hati

Advertisements

..::antara KERIKIL dan SUTERA::..

Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksanalintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati oranglain! Halilintar yang menyambar dan membakar hati yang ditipu. Wajah menjadi muram,gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadisuram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.
Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapatdipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Suteratidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganyakerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian. Batu kerikilkeras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilahapabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belumtahu apa didalamnya. KERIKIL ATAU SUTERA?
Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara dengan kamu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah. BawalahAllah kedalam hati kamu. Jika DIA dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalahkita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apasahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semulahati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada ‘tarik tali’. Adakah wujuddalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah? Jika adarasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yangbertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlahdari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikirdan jadikan perkasam.

“Jadilahseperti pohon yang berbuah,dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakanenak”
Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal dengan tohmahan dantumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis diatas batuakan meninggalkan bekas? Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jikaterlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itudengan redha. Allah telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah dirikamu dengan sabar kerana sabar itu indah. Jika sabar menghiasi diri, keindahandiwajah anda akan terserlah. Allah bersama kamu wahai penyabar. Namun,ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabardengan kemungkaran. Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika diamelihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukantindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional danbersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

“Rasulullah SAW bersabda, “Kesabaran merupakan “dhiya'” (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

“Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling sabar diantarakamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untukmembalasnya.” (HR Baihaqi)” 
Sabarlah dalambersabar nescaya tidak akan timbul persoalan “sampai kapan aku perlu bertahan?”.Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil. Sekian…

…:::Kelana Ramadhan:::…

Kelana Ramadhan
Antara Cinta dan Dusta
Masihkah kita ingat sewaktu saat kali pertama ingin menjejakkan kaki ke universiti? Berbagai-bagai jenis persediaan kita lakukan. Baju baru, seluar baru, beg baru, segalanya serba baru. Nasihat ibu dan ayah sering bermain dibibir mereka. Telinga kita hanya menadah dan membiarkan suara-suara nasihat itu mengalir masuk ke kolong telinga kita. Mungkin juga tidak dihiraukan nasihat itu. Namun yang pasti, tetap ada nasihat daripada bonda dan ayahnda kita. Mereka kenal anak mereka lantas disebabkan itu mereka berbicara berbaur nasihat agar kita yang mereka kenal lebih dari kita kenal diri kita ini patuh dengan segala mutiara nasihat tersebut. Kecenderungan manusia mempunyai sesuatu yang baru adalah perkara yang normal ketika memasuki satu fatrah yang baru. Misalnya gerbang menara gading yang bakal kita tempuh itu dimasuki dengan persediaan yang lengkap, tiada kurang walau sedikit setiap detik ketika dalam universiti segalanya sudah tersedia untuk kita.
Aku terjumpa sesuatu”, begitulah makna dalam lirik sebuah lagu datang jauh dari timur tengah. “sesuatu berlaku padaku”, alangkah indahnya jika digabungkan kedua baris lirik ini menjadikan “Aku terjumpa sesuatu yang telah lama aku nantikan, sesuatu berlaku pada perasaanku, dahulu dia tinggalkan aku atas keterpaksaan, kini dia datang kembali memetik suis senyumanku, membingkiskan sebuah mimpi menjadi kenyataan”. Rindu pada RAMADHAN membuak-buak didalam jiwa menandakan jiwa itu masih ada cahaya iman, masakan orang yang apabila datangnya Ramadhan berbagai-bagai alasan diberi untuk mengelak daripada menunaikan perintah rukun Islam  yang ketiga. Datang pula perintah zakat pada rukun yang keempat terus diabaikan. Terdapat juga segelintir orang yang berada mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri dengan mengatakan bahawa “tidak perlu solat, tidak perlu puasa, saya telah melakukan banyak derma kepada anak-anak yatim”. Islam hanya pada kebajikan sahajakah?
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”2:208
Sebagaimana persediaan yang cukup rapi kita lakukan sebelum menjejakkan kaki ke gerbang menara gading begitulah rapinya persediaan yang diperlukan untuk memasuki gerbang madrasah Ramadhan. Rindu hanya pada hati tidak cukup, cinta hanya pada kata tiada makna, zahirkan cinta dan rindu pada Ramadhan dengan melakukan persediaan sebelum bertemu dengannya. Keampunan semua pihak hendaklah dipinta, keampunan Sang Pencipta jangan dilupa, segala yang terambil atau terpakai carilah redha pemiliknya. Begitulah sedkit gambaran persediaan yang mungkin dapat dilakukan sebelum memasuki gerbang madrasah Ramadahan yang dirndui. Teori solat sunat rawatib dapt juga diamalkan. Antara tujuan solat sunat rawatib ditunaikan adalah untuk menampung kekurangan solat fardhu. Begitulah juga dengan kedatangan Syaaban dan selepas Ramadhan, Syawal. Amalkanlah puasa sunat sebagai latihan sebelum tibanya Ramadhan. Lakukanlah puasa sunat 6 pada bulan syawal untuk menampung kekurangan yang terdapat pada Ramadhan.
Allah amat cinta pada orang yang tabah, Allah amat cinta pada orang bersyukur, Allah amat cinta pada orang yang sabar. Begitulah tiga elemen yang dapat diterapkan dalam setiap jiwa, tabah, syukur dan sabar. Tiga elemen ini amat penting untuk dipraktikkan pada bulan Ramadhan, tidak cukup sekadar teori. Tabahlah pada setiap detik berpuasa, bersyukurlah pada setiap yang dikurniakan Allah kepada kita, jika sedikit maka itulah untuk kita, sabarlah pada setiap dugaan lapar, dahaga, nafsu.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” 2:153
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba, bukan mudah menafikan yang fana’, bukan mudah menjadi hamba sehingga hujung nyawa kerana ada sahaja detik yang kita akan lupakan padaNya, lupa pada nikmatNya, lupa pada cintaNya. Hanya mujahadah dan koreksi diri sebagai solusi. Tibanya syawal tidak dapat tidak, dentuman mercun yang berbagai-bagai jenis pasti akan kedengaran. Suasana masjid yang penuh pada bulan Ramadhan mulai surut, pelita malam yang dinyalakan pada Ramadhan kini padam setibanya Syawal. Salah Syawal kah? Tarbiyyah Ramadhan sudah hilang. Salah Ramadhan yang pergi kah? Ramadhan adalah wadah untuk mendidik jiwa agar selepasnya kita dikurniakan dengan ijazah hasil kejayaan dalam madrasah Ramadhan. Syawal pula sebagai wadah permulaan untuk melihat sejauh mana keberkesanan tarbiyyah Ramadhan kepada diri kita. Jika subuh pada 1 Syawal mendapat anugerah ‘subuh gajah’, apakah yang kita bakal lihat pada hari-hari seterusnya? Satu bentuk kegagalan digambarkan bukan untuk diamalkan tetapi untuk dielakkan.
Getaran cinta dan rindu yang terhasil daripada sebulan berdampingan dengan Ramadhan sudah pasti akan meninggalkan parut pada hati yang ikhlas menerima kedatangan Ramadhan. Seballiknya bagi hati yang dibaluti noda hitam, sentiasa tertanya-tanya, “bila Ramadhan akan pergi”. Seorang kekasih yang mencintai kekasihnya teramat sangat sudah pasti akan menitiskan embunan jernih dari pohonan mata apabila ditinggalkan. Begitulah dengan pemergiaan Ramadhan, takungan air dalam kelopak mata akan dijirus untuk memadamkan api neraka yang menggelegak dan membakar ahlinya yang terpilih.
Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka” 40:72
*Tidak sampai 24 Jam tirai Syaaban bakal ditunkan, sinar Ramadhan bakal menjelma, namun aku masih menghitung nasib sama ada dapat bersama Ramadhan atau tidak pada tahun ini… Dalam masa 24 Jam segalanya mampu terjadi dengan kehendakNya…

…:::Mencari Istiqamah:::..

Agak lama otak ini tidak diperah, agak lama tangan ini bersawang tanpa menari diatas papan komputer riba ini, sememangnya agak lama dan ‘berkurun’ tidak menulis. Bukan kerana tiada ruang atau waktu, ada sahaja ruang untuk meluahkan kalam hati ini, ada sahaja waktu untuk mengungkap bicara atma buat perkongsian bersama para pembaca namun kurangnya motivasi dalam diri untuk meniup ombak semangat pada sang jejari untuk menari. Akhirnya, ombak semangat itu datang terondak-ondak mendapatkan semangat yang hadir. Belum tentu esok datang kembali. Mungkin esok hanya ilusi bagiku.
Rasa syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah SWT yang mengurniakan kepada aku seorang yang senantiasa memberi semngat kepada aku untuk terus menulis. Ramai sebenarnya yang menjadi asbab semangat ini datang kembali, tetapi wajah seorang sahabat ini tidak dapat aku lupakan. Wajah yang tidak pernah mengatakan ‘Ah,dia tak nak menulis, lantaklah…”, tetapi kata-kata perangsang yang diberikan kepada aku. Terima kasih kepada saudara Hafizul Faiz.
 “Saya sayang kamu”.
Menulis kerana semangat semata-matakah? Risau rasanya jika amalan atau pekerjaanyang kita lakukan seharian tidak diterima Allah. Rasa ‘khauf wa rajaa’ hendak sentiasa bermain didinding nubari kita agar kita tidak terlalu risau dan terlalu takut terhadap amalan yang kita lakukan. Mungkin perasaan itu tetap akan datang, “bagaimana jika Allah tidak menerima amalan aku ini?”, ada juga, “ah…aku sangat yakin Allah akan menerima amalan aku..”. Syarat telah Allah tetepkan, tunaikan dan lepaskan penilaian kepada Allah. Sentiasa training hati kita sentiasa melakukan perkara dengan ikhlas. Ya! Ikhlas adalah satu perkara yang subjektif, dimana kayu ukurnya, apakah kayu ukurnya? Persoalan tanpa jawaban. Pernah dengar orang kata, “saya buat ini ikhlas kerana Allah”. Namun hanya dia dengan Allah sahaja yang bisa berinteraksi tentang keikhlasan itu.
Aku risau jika penulisan ini tidak dikira sebagai ibadah. Biarlah DIA yang menilai
Monolog hati sentiasa berbicara. Kesibukan yang menyelubungi hidup ini adakah penghalang bagi diriku untuk ber’asmara’ dengan Allah SWT? Tidak sesama sekali. Kesibukan yang melanda dirilah adalah sebenarnya medium mendekatkan diri kita kepada Allah. Bayangkan kerja yang bertimbun, melayan ragam yang pelbagai, masalah emosi yang mengintai, adakah kita mampu menghadapi keseorangan? “kawan kita kana ada”. Ya! Tidak dinafikan rakan atau sahabat karib dapat mendengar luahan hati kita, namun adakah kita lupa kepada Pemberi kerja yang bertimbun, Pemberi masalah yang besar mahupun kecil? Kepada siapakah kita patut merayu jika kereta Proton kita rosak? Pergilah ke kedai BMW atau Mercedez, apa yang kita dapat hanya mampu meluahkan perasaan bukan penyelesaian. Pergilah mereyu kepada yang selayaknya. Sang pemberi masalah tahu bagaimana cara mengatasinya, ada ubat yang disediakan untuk kita. Begitulah juga kereta Proton yang rosak tadi, sparepartnya hanya dikedai Proton sahaja. Layanan anda kepada syarikat BMW dan Mercedez tidak akan dilayan!
Percayalah jika kita mengejar akhirat, dunia akan melutut kepada kita
Jika dikira nisbah masa yang kita luangkan untuk Kekasih abadi dan kekasih ilusi, berapakah nisbahnya? Mengaku cinta pada Allah, mengaku sayang Allah namun tidak mampu bermujahadah terhadap dunia yang diisi dengan kecantikan wanita, kekayaan harta, keseronokan hidup dan sebagainya. Teringat buah fikiran yang dilontarkan ulama semasa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, “jadikan dunia sebagai jambatan akhirat”. Di sini kita semai, di sana kita tuai. Disini kita membina jambatan untuk kita menyeberangi ke alam realiti iaitu alam akhirat. Pulau dunia yang kita duduki sekarang ini tidak akan kekal selamanya. Jika kita tidak mampu membina jambatan yang kukuh untuk kita seberang ke sana, terperangkaplah kita.
Kesombongan kepada Allah semakin berleluasa, walau tahu salah tetapi tetapi tetap berdiri, tegaklah berakarkan kesombongan kepada Allah, kamu tidak akan kemana, ke SANA jua kamu akan kembali. Zalim kamu kerana telah menghalalkan darah muslim, kamu telah merampas harta mereka, anda telah mengaibkan mereka. Kamu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya”- Tribut kepada pemimpin zalim
“Kenapa bicara tentang mereka, biarlah mereka melakukan kerja mereka, mereka yang zalim, kubur dia tiada kena mengena dengan kubur kita”, hebat bukan ungkapan ini? Seakan-akan rela dengan kezaliman yang melata. “cukuplah kita tarbiyyah kepada sahabat-sahabat kita, nanti lama-lama meluaslah”. Hiduplah dengan penyakit SS (Syok Sendiri) jika ini ungkapan dalam hati kita.
Akhir bicara pada warkah kali ini, bernafaslah dalam jiwa hamba kerana hamba tidak akan melebihi tuannya, kerana peranan hamba kepada tuannya taat dan patuh, kerana jiwa hamba akan menjatuhkan ego manusia! Berhijrahlah, Berjihadlah!
Berhijrah melawan kemungkaran, berjihad melawan hawa nafsu

…:::Aksara Motivasi:::…



MERENTASI SIRAH
Ingin sekali aku menjadi mujaddid seperti Al-Fatih
Ingin sekali aku merasai jiwa Umar Abdul Aziz
Ingin amat aku beramanah sebagaimana Ibn Al-Khatab
Ingin sekali aku menjiwai Rasulullah yang dicintai
Kepimpinan atas dasar taqwa
Kepimpinan berakarkan iman
Kepimpinan berjiwa hamba
Kepimpinan berizzah jundiah
Keberanian mengatasi kekecutan
Kezuhudan mejangkaui kesombongan
Ketaqwaan pengganti kesyirikan
Kehambaan menjadi keutamaan

Saya pasti, ujian amanah yang diterima ini bukanlah satu kerugian, malah satu keuntungan jika ianya menjadi wasilah. Amanah dan tanggungjawab bukanlah satu perkara yang mudah. Bukanlah satu perkara yang dapat dianggap ringan. Daun itu ringan, apabila bertaut pada ranting, daun itu berada ditempat tinggi, akhirnya keguguran dalam keadaan perlahan. Begitulah amanah dan tanggungjawab, jika dianggap ringan maka diri akan dimakan oleh amanah lantas orang yang memegang amanah itu jatuh sama ada secara perlahan mahupun sekaligus. Sungguh takut dan gentar rasanya untuk menyentuh makhluk yang bernama amanah ini, namun saya pilih untuk tidak pesimis akan hal ini. mungkin ini merupakan satu tarbiyyah atau didikan buat diri saya. Mungkin juga disela-sela masa senggang yang sebelum ini diisi dengan perkara yang tidak berfaedah kini dapat diisi dengan melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan amanah yang dipegang. Masihkah kita ingat bahawa Allah pernah menawarkan jawatan khalifah pada bukit dan bukit menolaknya lantas manusia menerimanya. Hebatkah manusia sehingga yakin dapat memikul amanah ini? Kerana Allah percaya dan yakin bahawa kita sebagai manusia mampu untuk melakukan yang terbaik demi menunaikan tugas yang telah ditetapkan lantas Allah mentakdirkan manusia yang menerima amanah.

           
Usah risau jika betemu dengan pelbagai ragam dan wajah manusia yang berbagai. Ini adalah satu ujian kepada diri sendiri. Tidak semua orang mendapat nikmat didikan seperti ini, hanya yang terpilih sahaja. Apa yang perlu kita lakukan adalah bukan sekadar mencari pengaruh, namun gunakan pengaruh itu untuk menyampaikan sesuatu yang baik, gunakan pengaruh itu untuk menunjuk teladan yang terbaik, itulah erti pengaruh yang sebenar. Seorang yang berada dibawah mampu melihat sesuatu yang dapat mereka contohi pada orang yang berada diatas, bukanlah seorang yang dibawah hanya mengikut membabi buta apa yang diarahkan oleh orang atasan. Seharusnya setiap daripada kita mempelajari tentang komunikasi berkesan. Terdapat banyak buku dipasaran tentang komunikasi dan pengaruh. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kebanyakan daripada buku itu daripada barat, tidak sepatutnya kita beli. Pernahkah kita terdengar tentang hikmah yang hilang? Segala ilmu yang terdapat di barat atau di timur adalah milik Islam. Pada suatu ketika Islam kehilangan segala khazanah ilmu ini lantas barat mengatakan mereka yang terlebih dahulu mengkaji tentang ilmu ini. Tambahan pula jika segala buku-buku komunikasi yang terdapat dipasaran jika diletakkan bersama dalil-dalil Al-quran dan Hadis nabawi, tidakkah ia menjadi sesuatu yang bernilai dan hebat? Jangan memandang sesuatu pada satu sudut sehingga hilang sudut yang lebih penting unuk kita capai.
           
Sememangnya Ilmu amat penting kepada seorang pemimpin. Jika mahu menjadi pemimpin, tiada alasan yang dapat diberikan untuk menuntut ilmu. Perlunya ilmu seorang pemimpin akan mengahadapi banyak keadaan yang memerlukan tindakan akal fikiran yang waras dan berfikir mengikut kehendak Islam. Bukan hanya sekadar waras tetapi segala tindakan yang diambil betentangan dengan kehendak syariat. Tidak kira sama ada ilmu agama atau ilmu kehidupan, kedua-duanya penting. Mahukah kita pada saat diperlukan kita membuat satu keputusan namun keputusan itu tidak mampu dibuat kerana kecetekan ilmu didada. Selagi ada nyawa, selagi berdenyut nafas, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Percayalah, tidak akan menyesal bagi sesiapa yang berusaha menuntut ilmu kerana kesannya sedang menyusuri. Artikel pendek ini dihasilkan untuk perkongsian dan paling penting muhasabah buat diri saya sendiri.

Menagih Rentak

Agak lama butang papan kekunci ini tidak ditekan, agak lama skrin computer riba ini tidak saya tatapi bagi menulis. Mungkin agak sudah bersarang otak ini saya tinggalkan tanpa menterjemahkan idea kedalam penulisan. Banyak perkara yang ingin dikongsi. Biarlah bersarang seserabut mana pun asalkan disebalik sarang itu terdapat sesuatu yang bermanfaat untuk aku bawakan kealam realiti. Kesibukan membungkam diri. Pelbagai organisasi yang saya sertai benar-benar mengajar erti realiti kehidupan. Kekadang sesuatu yang dilakukan bukanlah realiti tetapi dilakukan demi memuaskan. Sesuatu yang realiti ditinggalkan dan terus diabaikan. Akibatnya apabila berada dialam pengaplikasian nanti, akan menjadi kejutan budaya.

Ragam manusia yang berbagai-bagai lantas membuat saya muhasabah diri, “bagaimanakah aku?”. kekadang apabila kita berada ditingkat atas, kita akan dapat melihat apa yang berada dibawah. Apabila kita meletakkan diri kita pada ‘helicopter-view’, segala pandangan dibawah adalah dalam pemerhatian kita. Sesuatu yang tidak baik dalam diri orang lain mungkin tuan punya badan tidak sedar, kita yang memerhati mungkin sedar, maka jangan hanya sedar tentang kesalahan orang lain, sedarkan diri kita terlebih dahulu.

Akibat terlalu lama menyepi dari menulis, mungkin gaya penulisan saya agak berbeza. Perbezaan bukanlah halangan. Asalkan idea dan buah fikiran yang ingin disampaikan tercapai. Saya juga ada menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh PTS, banyak perkara yang dipelajari. Malah saya juga turut mengorek idea-idea dan ilmu daripada sahabat baik saya yang telah menghadiri Minggu Penulis Remaja(MPR). Saya pasti, banyak yang telah dia pelajari. Saya amat mengagumi dia. Sedikit sebanyak saya dapat merasakan tempiasnya. Bukanlah mudah bagi memasuki MPR, hanya 25 orang yang terpilih dari seluruh negeri di Malaysia. Mendengar pengalaman beliau saya merasakan bahawa segala yang ditulis sebelum ini dan mungkin sekarang ini kosong, lantas merasakan satu lonjakan untuk saya mencari hikmah ini.  

Saya lebih memilih untuk mendengar ‘bisikan’ sebelum ‘jeritan’. Kerana fitrah manusia apabila mendengar jeritan akan meletakkan mereka pada tempat defensif. Mereka akan terus melawan dan terus melawan. Berbanding jika kita memilih untuk memberi perhatian pada bisikan, maka tidak akan terjadi jeritan. Sememangnya kehidupan berorganisasi ini akan dihiasi dengan ragam manusia yang pelbagai, dan yang seharusnya mengatasinya adalah kita yang menyedarinya, masakan orang yang tidak menyedari akan melakukan sesuatu untuk menanganinya. Masalah seperti ini kerap berlaku antara lelaki dan wanita yang bekerjasama dalam organisasi. Secara fitrahnya lelaki dan wanita amat berbeza, perlukan persefahaman dan kesatuan pemikran. Saya mencadangkan untuk lebih memahami akan hal ini, sila buat kajian terhadap buku yang bertajuk ‘Man are from Mars, Women are from Venus’. Segala fakta yang didedahkan amat kena atas batang hidung sendiri. Amat sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ya, betul! Buku ini adalah tulisan orang bukan islam sehingga ada yang terlalu rigid untuk tidak membacanya. Sedarlah, segala ilmu dan pengetahuan dalam buku itu adalah hikmah yang hilang. Renung kembali hadis Baginda berkenaan hikmah yang hilang.

Semenjak kebelakangan ini, pelbagai jenis ujian yang menghujani. Kekadang lebatnya sehinggakan kabur mata untuk melihat saujana pemandangan dihadapan. Kekadang hanya turun dengan rintik sehinggakan saya terlupa jalan yang cerah akan menjadi kabur jika yang lebat mendatang. Oleh itu, perlunya kita membuat tindakan ketika ujian yang datang hanya rintik-rintik. Takut-takut jika ketika hujan lebat baru hendak mempunyai niat untuk membuat tindakan, maka susah dan payah menjelma.

Satu perkara yang menjadi kesukaan orang Melayu adalah suka bertanya akan ‘apa’ tetapi tidak menanyakan ‘kenapa’. Kerana inilah orang Melayu menjadi layu dan terus melayu. Tiada yang mampu mengubah melainkan diri kita. Tiada usaha untuk tahu mengapa sesuatu itu dan bagaimana, hanya ingin tahu keputusannya dan kesannya sahaja. Sedangkan Allah melihat pada usaha yang dilakukan.

Fuh! Rasa seperti tiada tema  untuk ditulis pada kali ini. Rasanya seperti mahu beruzlah mencari rentak, isolasi mencari realiti.
Guguran daun disemai benih
Akan tumbuh daun yang baru
Lebih menghijau dan segar dipandang
Putaran alam ciptaan Tuhan

…:::Mencari Ketenangan:::…

Gerimis turun membasahi bumi, meninggalkan kesan-kesan becak lantas manusia melangkah menjauhinya. Kekadang becak itu pantas sahaja dilewati manusia. Begitulah kita yang digelar manusia, tatkala berada didalam keadaan sedar panjatlah kesyukuran setinggi-tinggi kepadaNya kerana apabila nikmat kesedaran itu digantikan dengan nikmat tidak waras, maka pada waktu itu kalam yang sering menghina, mata yang sering menderhaka, langkah yang menderap bakal bergerak dalam keadaan tidak sedar. Gunalah nikmat sedar dengan sebaiknya.

 

 

Jika ditoleh ke kiri, pandang ke kanan atau terus sahaja berjalan kehadapan pasti ada pandangan yang menguji diri. Lenggok yang melalaian pandangan, haruman yang memudarkan iman. Hati yang sunyi daripada iman pasti tergoda. Begitulah kejahilan ditafsirkan. Dimanakah akan diketemui penghujungnya? Dimanakah sinar yang akan menyirnakan kejahilan ini? Hujan gerimis masih belum berhenti, sinar mentari masih menemani, sang bulan masih memantulkan nur mentari mentaksirkan masih ada waktu untuk menterbalikkan yang sedang terbalik atau  yang telah terbalik. Ini bukan satu ilusi, hakikat manusia mahukan kebenaran dan sentiasa mencari kebenaran. Kejahilan mereka kekadang bukanlah berpunca dari diri mereka sendiri sedangkan hati mereka meronta-ronta mencari cahaya kebenaran untuk tersenyum gembira. Malangnya mereka hampir hanyut rindukan harta yang akan reput, dunia yang akan reput akibat sogokan manusia-manusia tertentu.

 

 

Sungguh aku hina menagih keampunan. Amat malu terkenangkan dosa kembali. Namun aku sedar masih ada harapan! Sedegup jantung terleka dibuai dunia selangkah menghampiri kehancuran. Berapa banyak denyutan nadi yang aku biarkan bersama dunia? Berapa degupan jantungkah yang berdegup bersama ilahi? Segenggam tabah aku gumpalkan bersama tekad mendalam untuk mengharungi ujian yang mendatang bak tali arus. Aku tidak mampu mengharunginya sendirian. Aku perlukan teman. Aku perlukan iman buat bekalan dalam perjalanan. Hadirkanlah ‘mereka’ bersamaku ya Allah. Kesenangan yang datang tidak selamanya, selepas kesusahan pasti akan hadir kesenangan kembali sebagaimana malam berakhir siang bermula. Jangan difikir derita akan berpanjangan! Ujian adalah tarbiyyah!

 

 

Ingin sekali aku menghilangkan bintik hitam yang menghijab hati. Niat aku mencari ketengangan ini seakan terjawab. Telah tercatat dalam rencana ilahi aku akan menghadiri satu ‘taman syurga’ bersama sahabatku yang lain, abang Fuad, Faiz, Yusof. Kuliah yang akan disampaikan oleh ulama’ besar nusantara. Telinga ini akan aku tadahkan agar segala butir kalam ilmu agar mengalir laju ke hati lantas  diterjemahkan oleh anggota lain. Wajah Sheikh Nuruddin Marbu Al-Makki Al-Banjari terpampang jelas didinding mindaku. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih sejam  dihiasi pelbagai rintangan dan cabaran. Perkara yang tidak akan dapat aku lupakan adalah saat kami bertolak melalui jalan raya biasa dari Nilai, kemudian sesampai di Labu kami berubah haluan untuk memasuki highway. Sejenak berada di atas highway baru kami tersedar kami sedang berpatah balik ke Nilai, satu perasaan menjelira menyelimuti kami. Namun tidak harus pesimis terhadap perkara ini. Letakkan pemikiran ke dalam kotak postif. “Mungkin ada hikmah disebalik ini, setiap takdir mengandungi hikmah, sekali tersesat kali kedua tidak lagi tersesat”, begitulah slogan-slogan yang terpancar dari mulut kami sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Bandar Baru Senawang. Rasa semiak berubah menjadi lega apabila papan tanda yang tercatat diatasnya Senawang. Kami berada diatas landasan yang benar.

 

 

Aku tidak berniat untuk mengisahkan dengan panjang tentang perjalanan dan liku yang kami lalui untuk sampai ke Masjid Bandar Baru Senawang tetapi aku ingin berkongsi bersama kalian mutiara-mutiara yang terhasil setelah kami berjaya sampai ke sana dengan selamat. Sejurus sampainya kami ke Masjid Bandar Baru Senawang solat maghrib baru sahaja usai. Seusai solat maghrib dimami imam kedua lantas kami mengambil tempat di ruang dalam masjid bagi menadah telinga. Satu perasaan tenang menyelinap dalam nubari tatkala memandang wajah ulama tercinta, Sheikh Nuruddin Marbu Al-Makki Al-Banjari. Seorang ulama Nusantara yang masih mengekalkan nilai kehormatan terhadap ilmu yang tinggi. Masakan tidak, tidak terbilang bilangan guru yang pernah bersama beliau.

 

 

Setiap kalam yang terpancar dari mulutnya pasti berbaur ilmu walaupun tanpa melihat sebarang kitab. Aku ingin berkongsi bersama kalian tentang apa yang disampaikan oleh Sheikh. Katanya dalam muqadimah, Hati adalah raja bagi diri kita. Jika molek hati maka segala tindakan yang dilakukan oleh anggota lain akan terpandu mengikut hati yang suci itu. Rentetan itu beliau memberikan empat ubat bagi hati. Tadabbur Al-Quran adalah ubat yang pertama. Membaca Al-Quran bersama menghayati maknanya bukan sekadar bilangan muka surat yang banyak. Sheikh membaca surah Al-zalzalah sambil menerangkan maksud surah. Kedua, bertadarruq diwaktu sahur. Yang dimaksudkan disini adalah berqiamulail. Saat kita terjaga di sepertiga malam manusia lain sibuk melayani mimpi. Saat kita berteleku diatas sejadah manusia lain masih dibuai keenakan mimpi. Analogi mudah yang dibawakan, bayangkan keadaan jalanraya pada waktu kemuncak, sudah pasti kesesakan lalulintas akan berlaku. Secara tidak langsung, perkara ini memberi kesan terhadap masa untuk sampai ke destinasi yang dituju. Semakin lama kesesakan semakin lama masa yang diambil untuk sampai ke destinasi. Tetapi, cuba bayangkan keadaan lalulintas pada malam hari. Sudah pasti kenderaan itu meluncur laju untuk sampai ke destinasi. Bukankah masa yang diambil untuk sampai ke destinasi lebih pantas? Begitulah juga keadaan doa yang dipanjatkan pada watu hadirnya ketenangan malam yang mendamaikan jiwa. Doa yang dipanjatkan, hajat yang diinginkan sudah pasti akan ‘meluncur’ laju kepada Allah saat manusia lain mengabaikan ketenangan yang dihidangkan disepertiga malam.

 

 

Kaedah Bluetooth  yang dipertengahkan oleh Sheikh bagi meanalogikan ubat hati yang ketiga, Bersahabat dengan orang yang soleh amat menarik perhatian. Pada mulanya kami masih tertanya-tanya apakah kaitan Bluetooth dengan apa yang akan diterangkan? Keberkesanan Bluetooth dalam memindahkan data serta maklumat dalam keadaan yang pantas menggambarkan betapa hebat kesan apabila kita mendekati orang soleh. Tempias kebaikannya akan terkena kepada kita. Hebat sekali analogi yang digambarkan! Sheikh bijak membawa contoh berbentuk realiti semasa agar mudah digambarkan dan disesuaikan dengan isi yang dibawa. Hakikat manusia akan terasa apabila sesuatu yang diperkatakan ‘jatuh diatas kepalanya’. Satu kisah benar yang meniti dimulut sheikh, pada satu ketika seorang orang soleh melewati dihadapan pagar rumah yang didalamnya terdapat anjing yang bertindak sebagai pengawal. Anjing itu menyalak dengan kuat. Ketika orang soleh itu melewati pagar itu, secara tiba-tiba anjing itu diam. Kenapa? Mungkin kerana kuasa Bluetooth yang kuat lantas menyebabkan ketenangan orang soleh itu dipindah terus kepada anjing tersebut lalu menjadikan anjing itu ‘tenang’. “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” Sheikh agak lama dalam menekankan tentang ubat yang ketiga ini melambangkan betapa besar kesannya dalam kehidupan seharian kita. Maka tiada keraguan lagi terhadap sabda baginda SAW, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

 

 

Sebelum meneruskan penyampaian bagi isi seterusnya, sheikh berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada azan isya’. Sejurus selepas azan isya’, beliau masih lagi tidak menyambung kuliahnya tetapi dengan membaca Ratib Al-hadad dan mengijazahkannya bagi sesiapa yang hadir. Seusai bacaan Ratib Al-hadad (rujuk Al-Aurad Az-zinah Al-Makkiah, ms 118) beliau menyambung isi yang keempat dan terakhir. Ubat bagi hati yang keempat adalah mengosongkan perut. Sudah terang lagi bersuluh yang ingin disampaikan oleh sheikh adalah dengan puasa dapat mengubat hati. Latihan jiwa hasil daripada berpuasa akan mendekatkan manusia dengan Allah. Sifat ikhlas jangan diabaikan, berpuasa bukan kerana untuk menunjuk-nunjuk. Abu Hurairah pernah menceritakan:

“Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;

1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.

2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.

3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.

(Hadith Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Jam didinding masjid menunjukkan pukul 9.20, sheikh tidak lama dalam menghuraikan hal berkaitan dengan puasa. Sungguh terkesan dengan apa yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki pada malam ini. Aliran ilmu yang mengalir laju ditadah dengan penuh perhatian. Benarlah, kita akan memperoleh ilmu jika kita sentiasa meletakkan diri dalam keadaan tawadduq. Perumpamaan ilmu yang mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Selagi mana hati kita berada pada kondisi merendah diri maka ilmu akan sentiasa mengalir. Luqman Al-Hakim disoal, “bagaimana kamu memperoleh hikmah”. Jawabnya “Aku mempelajari melalui orang jahil, apa yang dilakukannya aku menjauhinya”. Begitulah kehebatan tawadduq yang digambarkan! Ruang soal jawab dibuka, tetapi kami terpaksa melangkah keluar dari Masjid Bandar Baru Senawang kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dihalang. Terasa satu ketenangan merasuk diri…

 

Hanya sekadar penceritaan semula, aku hanyalah insan yang lemah dan hina, sudah pasti terdapat kekurangan dalam penyampaian. Semoga perkongsian mutiara yang aku selami dapat aku kongsikan bersama kalian. Kita hidup dengan menerima tetapi kita membina kehidupan dengan memberi.

 

 

 

Ratib Al-Hadad m/s 118 yang diijazahkan
Sekian…

…:::Menderap Langkah Menggapai Matlamat:::…

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…
Disela-sela kesibukan yang melanda diri aku cuba hadirkan diri dalam situasi sebenar. Aku tidak mahu meninggalkan medium ini, dek medium inilah gegarnya dunia, disebabkan medium inilah fitnah melata, dengan medium ini jugalah fitnah dipertahankan. Lakaran kata-kata yang mampu menyengat hati setiap pembaca menjadikan medium penulisan ini sebagai seorang yang ‘bisu‘ mampu menyuarakan suara lantangnya. Rezeki bak durian runtuh juga kekadang diperoleh melalui kalam bisu ini. Setalah lama aku tidak menatap skrin komputer riba untuk memerah minda sambil tarian jari mencipta aksara atma, kini aku mencuri sedikit ruang untuk aku muntahkan segala yang terpendap jauh dipelusuk jiwa.
Sesekali aku teringatkan keluarga yang ditinggalkan jauh. Rindu bukan kepalang lagi. Memahami perjuangan menjadikan aku betah menerima cabaran ini. Perasaan ini meyelubungi jiwa tatkala aku tercokoh keseorangan mencipta enigma sifar. Lantas aku menyibukkan diri dengan sesuatu agar kerinduan itu tidak menjadi barah yang menghalang gerak langkah seorang daie. Aku mahu kerinduan yang tercipta menjadi enzim merangsang diri ini untuk terus menderap langkah seorang MUJAHID! Tersirat hikmah dalam setiap derapan, segala keindahan jadi kenangan, segala duka dinilaikan sebagai ibadah. Semoga terus thabat dalam perjuangan. ‘Perjuangan‘??? Sungguh subjektif bunyinya. Aku tidak berniat untuk mentafsirkannya dengan lebih lanjut dalam kanvas ini, biarlah keluasan maksud perjuangan itu ditafsirkan mengikut waqi‘ diri masing-masing. Setiap perjuangan yang diperjuangkan bukanlah mainan! Perjuangan yang menjanjikan segunung kebahagiaan, perjuangan yang menjanjikan hamparan permaidani merah dalam setiap langkah, perjuangan yang menjanjikan kesenangan, perjuangan yang membolehkan kita berehat dengannya??? Sesungguhya perjuangan yang sebenar tidak dijanjikan dengan segala itu, mencari cinta dunia dalam perjuangan adalah satu kesilapan.
Ladang kehidupan yang sedang kita lalui ini kekadang disemai dengan racun-racun fitnah yang akan mematikan kesegaran semangat di persada perjuangan. Nyahkan segala racun itu dengan maladeni perjuangan-perjuangan orang yang terdahulu. Adakah mereka dilayani dengan kesenagan? Tidak! Bahkan, jejari besi melingkari sisa kehidupan, peluru menjadi hidangan, anak dan isteri menjadi sasaran, tanah sendiri dijadikan sempadan, hanya air mata yang berladungan! Jika itulah yang mereka lalui dan kini kita yang menyambung mata rantai perjuangan, kita yang menyambung dimana mereka berhenti, adakah kita ingin melihat rantai perjuangan itu putus dengan keasyikan dan keindahan yang sementara? Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Bahkan musuh jauh terkehadapan daripada kita. Dimanakah kita??? Adakah kita hanya sentiasa bermain dengan ‘Tawakkal‘ tanpa titisan keringat dan untaian doa? Jika itulah yang ada dalam pemikiran kita, pergilah kita dengan mimpi dan impian untuk melihat Islam memerintah. Jika dunia masih menjadi keutamaan, teruskanlah, hancur dunia, hancurlah kita. Berbeza jika Allah dan akhirat diutamakan, hancur dunia pun masih ada bekalan dalam diri. Kenanglah dimana kita disisi Allah dan Islam. Adakah  hanya sekadar ‘menyewa‘ nama Islam tetapi perilaku ibarat musuh Islam?
Aku tertarik dengan catatan seorang sahabat yang aku sayangi, Aku bukan ulama’ muktabar, yang butir kalimahnya mampu menusuk dada. Aku bukan para habib dan tariqiyyi, yang perilakunya mampu menginjak paradigma manusia. Aku bukan kiai ilmuwan, yang fikirannya mampu menerjah logik minda. Aku bukan kiai Tunggulwulung (Pemegang bendera pusaka istana Jogjakarta), yang gagah perkasa menabur gugah kerana istana. Aku bukan soldadu mukafih Palestina, yang membayangi syahid di depan mata. Aku bukan seteru agama, yang duri, sekam dan haprak terhadap agama sendiri. Aku cuma insan biasa, pelajar samudera, penulis bayang panorama, penghuni sesawang maya, pencari ilmu agama. Paling tidak, aku ingin menjadi seni sarang labah-labah agama, yang menyarang di pintu Gua Hira”. Kita juga bukanlah ulama yang dikurniakannya ilmu laduni, lantas letakkanlah diri kita dalam kanvas tawadu’ dan tuntutlah ilmu. Mudah bunyinya, itulah hakikatnya. Mudah untuk menuntut ilmu tetapi mengamalkannya belum tentu. Isolasi diri amat penting, muhasabah kembali, imbau segala tujuan kita diciptakan dan kemana kita akan kembali. Aku hanya mampu berkata-kata dan terus berkata, hakikat tazkir perlu kita fahami, apa yang kita sampaikan kepada orang lain adalah kita sampaikan untuk diri kita jua. Tidak hairanlah seorang guru mampu mengajar tanpa buku lantaran telah lama manyampaikan mutiara ilmu kepada anak muridnya. Jika hendak tunngu diri sempurna kemudian baru hendak memperingati, sehingga nadi menafikan nyawa pun kita tidak akan sempurna!
“Kejayaan adalah perjalanan, bukanlah matlamat”. Pasti atau tidak, inilah satu kepastian dan kebenaran yang harus kita terima. Setinggi mana matlamat diletakkan tanpa perjuangan untuk mencapainya adalah sia-sia. Perjuangan memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para pejuang bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para pejuang perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya. Tetapkanlah pendirian. Ya, betul! Kita perlu mengarusperdanakan diri dengan mengambil tahu isu semasa serta keadaan sekeliling tetapi janganlah sehingga mengorbanan pendirian sehingga pendirian yang dipasakkan atas tapak iman dipergadaikan. “al ibrah bil qawatif“, ungkapan dari tokoh Ulama Kedah, Tuan Guru Haji Saleh yang sering meniti dibibir sahabatku adalah tafsiran kepada “Kejayaan adalah perjalanan, bukanlah matlamat”. Sesungguhnhya Allah melihat kepada sesuatu usaha, berlawanan dengan manusia yang kekadang hanya tergila-gilakan matlamat tanpa “fight and flight“ daripada matlamat tersebut. Kemanisan sebuah kejayaan akan dapat dirasa jika kejayaan itu dikecapi dengan sebuah usaha, bagaimana jika kejayaan yang dikecapi bukanlah dari sebuah usaha? Hanya dengan mengambil kesempatan atas usaha orang lain, fitnah, curi tulang lantas membuahkan kejayaan. Kejayaan hanya pada nama, bukanlah kejayaan abadi. Hayatilah sebuah perjuangan pada perjalanannya, bukan pada hasilnya secara mutlak.
Aku memejam mata rapat, menjerit jeritan yang tidak kedengaran jauh dari sudut hati kecil ini, aku menghamparkan diri ini untuk ditegur, aku membentangkan seluas-luasnya jiwa ini untuk menerima segala kritikan yang membina, bimbinglah aku seandainya aku hampir tersungkur. “ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”. Untaian doa mentazkiahkan diri aku ungkapkan, pintalan ukhuwwah yang diikat bukanlah untuk ratapan, hancur luluh, hancur berderai, hancur musnahlah perjuangan tanpa ukhuwwah. Kita yang  mendukung risalah, kita pendokong dakwah, kita ajen penyebar fikrah, kita pengkaji sirah, kita adalah penyergah suara dakwah, sedarlah diriku!!! Rasa lesu menyerang jiwa, air mata menjadi teman, cetuslah doa, kembalilah keihklasan. Aku yakin Allah tidak akan menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untuk mendekatiNya. Hadirlah sekeping hati yang baru. Atmosfera mendung berubah cerah, awan gelap melewati, sepoian angin ketenangan mula dirasa. Kirmizi menginterpretasi senja, pantulan cahaya bulan membenarkan sunnatullah, kerlipan bintang ceria dihamparan, hilang sejurus terbitnya fajar, lazuardi biru menakah pergi, senja datang kembali. Putaran kehidupan yang tidak pernah memungkiri tetapan. Pudarnya pesona wajah kerana kesedihan, adanya kesedihan pasti ada kegembiraan. Siang pasti ada malam, ceria bersama tawa, pahala dan dosa, hanya dua. Pilihlah…
 

Rintihan

Assalamualaikum… sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekalian alam, Yang menghidupkan dan mematikan, Yang memberi kebahagiaan dan kedukaan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad SAW diatas kecekalan menghadapi segala cabaran sehinggakan Islam dapat ditegakkan diatas muka bumi Allah SWT. Aku tidak dapat menghitung pujian kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya segala pujian bagiMu ya Allah. Pujian diriMu buat diriMu, pujianMu kepada hambaMu, pujian hambaMu kepadaMu pujian hambaMu kepada hambaMu, segala puji ini hanyalah untukMu. Tiada ternilai tasbih pujian dan syukur kepadaMu. Sungguh tidak terhitung segala nikmat yang Engkau berikan kepada hambaMu ini dengan apa yang dilakukan hambaMu untukMu. Engkau memberi nikmat kepadaku untuk merasai Iman dan Islam. Dengan kedua-dua itulah aku masih bernyawa dalam ucapan saksi tiada tuhan selainMu, Muhammad pesuruhMu. Tiada guna Iman dan Islam tanpa Ihsan, lantas Engkau memberi aku merasainya. Engkau mengurniakan aku ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi segala ujian hidup ini. Benarlah janjiMu didalam Al Quran, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (mampu dibuat) olehnya”. Aku merasai bebanan itu, namun aku tahu, Engkau tidak akan membebannya ke atas diriku tanpa Engkau mengetahui aku mampu memikulnya.

Tatkala dunia ini engkau hamparkan dengan bencana dan ujian maka berduyun-duyun manusia bersujud kepadaMu memohon ampun. Mereka mengakui kebesaranMu. Engkau telah menafikan dan menidakkan hujah-hujah golongan kuffar dengan membenarkan kata-kataMu. Sesungguhnya musuh-musuh Islam telah melakukan konspirasi terhadap agamaMu. Mereka ingin melihat kehancuran dan kebinasaan agamaMu. Lantas Engkau sekali lagi menidakkan dengan menghancurkan segala perancangan jahat mereka. Meskipun perancangan mereka yang begitu rapi pada pandangan hambaMu, namun tidak sesekali pada pandanganMu. Benarlah firmanMu dalam Al-Quran, “sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang”. Tidak dapat tidak bencana yang Engkau jatuhkan ke atas kami demi membuka mata antara kami yang masih lagi terpejam. Terpejam dengan sifat ArrahmanMu, buta dengan ArrahimMu. Memang pantas Engkau ‘menghadiahkan’ bencana sebagai kunci pintu hati yang tertutup.
Cahaya Islam yang wariskan dari generasi ke generasi tiada siapa yang mampu menghalang walau agamaMu dibenci. “Sesungguhnya Allah menyempurnakan cahanya walau dibenci orang-orang kafir”. Kebencian yang bukan sahaja datang dari golongan Kuffar malah bertubi-tubi kebencian mendatang dari orang muslim sendiri. Tetapi mereka munafiq dan fasiq. Ya Allah, jauhkanlah hambaMu ini dari segala asbab yang akan menjadikan aku daripada mereka. Kami adalah generasi terakhir, generasi yang akan menyambut tiupan sangkakalaMu. Kami takut nadi ini terhenti saat kami bermaksiat kepadaMu. Kami takut kami pergi meninggalkan bumi ini meniggalkan jasad hina kami ketika dalam hati kami rasa sombong walau sebesar zarah. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. dan sebaik-sebaik hidayah ialah hidayah Muhammad SAW. RasulMu Muhammad pernah bersabda dalam kalam mulianya, “tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang didalam hatinya rasa sombong walau sebesar zarah”. Kami mengakui hakikat kalam mulia junjunganMu.
Aku melihat tanda-tanda kiamat semakin bercambah. Malah meyakinkan lagi diri kami bahawa kami telah berada dipenghujung usia bumi. Selepas ini, akan tibalah hari penentuan. Segala yang dilakukan akan dihisab, segala yang diucap akan dihitung, tidak terlepas walau sesaat umur didunia. Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat rahmatMu, mereka akan melangkah ke jannahMu dengan senyuman. Masukkanlah kami dalam golongan itu. Bukanlah amalan yang banyak dapat menjamin pintu syurga terbuka untuk kami, tetapi hanya dengan rahmatMu kami dapat menghidu haruman syurgaMu. Lantaran itu, siksaan api neraka menanti bagi sesiapa yang tidak menyedari akan hakikat kebesaranMu. Mereka yang menjahilkan diri mereka, mereka yang hanya pandai berkata-kata tanpa amalan, puak-puak inilah yang akan meneguk air nanah dan darah dari nerakaMu. Janganlah Engkau memasukkan kami dalam golongan ini. Ampunilah kami jika kami tersalah. Rahmatilah kami dengan rahmatMu yang tiada banding nilainya.
Bersaksikan titisan air jernih ini, Engkau padamkanlah api neraka yang bakal membakar kami. Kami takut akan azabMu, kami takut akan siksaMu. Aku mengakui, kadangkala aku terlalai, terlena dalam buaian dosa. Jika perkara ini berulang, kejutkanlah aku. Aku punyai ibu dan ayah, janganlah Engkau pisahkan kami dariMu. Sekiranya jasad kami yang terpisah kami masih lagi tidak terpisah selagi kami bertaut pada taliMu. Aku punyai datuk dan nenek, jadikanlah yang mendahului aku sebagai penyambut aku di syurga nanti. Jadikanlah yang masih bersama aku berderap bersamaku diatas jalanMu. Adik-beradikku, aku ingin terus bersama mereka ditaman abadi meskipun aku tidak bisa berlayar ke penghujung dunia bersama mereka. Aku punyai sahabat yang ramai, aku punyai teman yang akrab. Jadikanlah mereka pebimbing jika aku menghampiri gaung maksiat. Aku punyai jasad hina ini, didalamnya ada seketul daging, jika daging itu elok maka baiklah keseluruhan jasadku, maka Engkau perelokkanlah daging itu. Bersihkanlah dari segala kekotoran yang menghitam. Aku tidak mahu dosa-dosa mengabusi perjalanan menujuMu, aku tidak mahu tompok hitam itu menarik aku ke alam yang gelap jauh daripada cahayaMu.

Ya Allah… Dengarkan rintihan hambaMu ini. Aku tiada nilai dipandangan mata manusia dan aku tidak mengharapkannya. Jadikanlah aku bernilai pada pandanganMu. Dekatkanlah diriku padaMu.

Apa disebalik kemenangan Malaysia???

“Gol!!!” Laungan keramat menyambut sejurus selepas pasukan Malaysia menjarigkan gol pertama melalui rembatan kaki kanan Safee Sali, kemudian dalam fatrah separuh masa yang kedua turut sama disusuli dengan dua gol tambahan, menjadikan Malaysia mendahului selesa dengan tiga gol dihadapan. Sebelah kaki telah melangkah ke gerbang kejayaan, namun perjuangan masih belu tamat, Malaysia perlu berkunjungke Indonesia untuk menyambar piala kemenangan. Namun begitu corak permainan yang ditunjukkan Malaysia perlu ditingkatkan sedikit kerana bermain di tempat orang agak berbeza berbanding di laman sendiri, penuh dengan perang psikologi. Perlunya persiapan mental yang mantap dan kental.


Bukan itu sebenarnya yang ingin ku coretkan disini, yang tersurat elah banyak orang bicarakan dan membincangkan, tetapi agak malang bertambah sedih apabila yang tersirat diabaikan. Walaupun gegak gempita menggegari ruang angkasa Malaysia sebaik sahaja ledakan-ledakan gol diletupkan, walaupun setiap pelusuk Negara menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia tetapi tidak kah mereka terintai sedikit pun apa rahsia disebalik setiap detik sebelum wisel penamat ditiupkan?

Baddrol Bakhtiar, Nor Shahrul Idlan Talaha, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mohd Safee Mohd Sali, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Fadhli Mohd Shas, ini adalah antara nama-nama yang menyinar dalam arena bola sepak Malaysia. Nampak tak lagi apa yang nak disampaikan? sekarang mari kita selidik, jika dikira secara purata umur mereka adalah dalam lingkungan 19-21. Persoalan yang nak ditimbulkan ialah, kenapa jurulatih K. Rajagopal tidak menggunakan tenaga dewasa? Jawabannya sudah tentu tenaga remaja yang terdapat dalam diri-diri pemain ini lebih dipercayai dan dapat digunapakai dengan sebaik mungkin. Rentetan jawapan itu, sejarah telah membuktikan dengan kebangkitan demi kebangkitan ketamadunan Islam melalui keringat mereka yang bergelar remaja. Jelas tercatat dalam sejarah, Sultan Muhammad yang berumur 21 tahun menjadi panglima dalam mendominasi semula Konstantinopel lantas mendapat gelaran Al-Fatih, jika dilewati sedikit, pada zaman Rasulullah SAW, siapa tidak kenal dengan Zubair bin al A’wam, Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidullah dan ramai lagi para sahabat yang mekar nama meraka tercatat dalam catatan sejarah Islam. Kebanyakan tranformasi yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW adalah melalui peranan remaja, malah bukan pada zaman itu sahaja, perkara ini seakan-akan menjadi fenomena berulang-ulang.

Alangkah indahnya jika anak muda pada era globalisasi kini ditarbiyyah sejak awal, maka satu sinar pada masa hadapan akan tercipta. Langit dunia yang penuh dengan kemaksiatan berubah menjadi ketenangan, lapisan ozon yang kian menipis menjadikan bumi panas dapat disejukkan dengan salju keimanan, realiti atau fantasinya pandangan ini dapat ditentukan kita pada masa sekarang. Hancur kita hancurlah masa hadapan. Sekarang ini Yahudi laknatullah bertepuk gembira kerana landasan yang mereka sediakan telah kita gunakan, tiupan kehancuran sedang kita sedut. Maka bertitik-tolak daripada itulah kita menyaksikan bagaimana umat Islam ditindas di sana sini lantaran mereka meninggalkan perjuangan(jihad) dan menganuti fahaman-fahaman yang menyeru kepada materialistik dan ketaksuban pada bangsa. Fahaman-fahaman ini berkembang menjadi barah yang sukar diubati.

Rasulullah bersabda: “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh. Mereka menolak Islam tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenar golongan musyrikin.”

Bertambah gembira sang Yahudi apabila rencana yang didalangi oleh mereka tercapai, mana tidaknya segala yang dirancang mereka ditafsir melalui rancangan-rancangan hiburan melampau yang menggunakan anak-anak muda, bertambah kuat sorakan sang Yahudi apabila baja yang mereka sediakan ini disuburi dengan siraman maksiat mengaktifkan lagi penyakit ini ke satu tahap yang merbahaya lantas mengheret kepada kebinasaan apabila Allah tidak didahulukan, Akhirat tidak Diutamakan.

Konklusinya adalah, remaja jika digunakan dengan sebaiknya mampu mencetuskan transformasi yang menggegarkan dunia. Revolusi remaja perlu dilakukan dahulu sebelum transformasi gergasi ini. Kembali kepada bola semula, adakah mugkin Malaysia akan mencapai kemenangan tanpa ada gabungan tenaga-tenaga sang harimau “muda”?
Bukan nak menafikan kebolehan veteran, veteran pun memainkan peranan penting dalam mendidik dan menunjuk ajar yang muda.